
ABOUT US
BINA MUTIARA GLOBAL SDN BHD [1118142-H] merupakan sebuah syarikat 100% milik Bumiputera yang bepengkalan di Johor Bahru, Johor. Ditubuhkan pada tahun 2015 dengan penghasilan produk berasaskan makanan sunnah yang dikenali dengan nama Listra.
Listra, sihat subur dan menawan. Mendapat nama dari bahasa kuno Indonesia yang asalnya dipanggil Listari yang membawa maksud Kekal menjadikan simbol kekuatan Listra yang mengekalkan ciri rawatan islam dengan menjadikan Habatus Sauda sebagai ramuan utama bagi merawat masalah kesihatan dan kesuburan.
Bermula dari satu produk diberi nama Habbasauda Listra, kini mula bertambah menjadi empat produk kesemuanya iaitu Habbasauda Listra, Listra Habbasauda PLUS, Bee Coffee dan Listra Good Milk.
Hampir lima tahun berlalu, Listra masih lagi mendapat kepercayaan dan permintaan dari semua golongan masyarakat berbilang kaum dan negara sebagai produk makanan yang dapat membantu ikhtiar bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan dan kesuburan khususnya pasangan yang sedang ikhtiar untuk mendapatkan zuriat. Dan kemajuan Listra diserikan lagi dengan pengiktirafan sebagai Asia Pacific Super Health Brand menjadikan Listra lebih dipercayai sebagai produk yang bermutu, berkualiti dan selamat digunakan.


Biarpun masih muda dalam industri, namun dengan usaha gigih dan sokongan ramai, kini Listra menjadi sebutan di bibir dan terpahat dihati semua pengguna yang berjaya merealisasikan impian untuk tampil sihat, subur, menawan dan pasangan yang telah berjaya bergelar ibu dan ayah. Alhamdulillah
Insha-Allah, syarikat Bina Mutiara Global Sdn Bhd akan turut menambahbaik rangkaian produk keluaran syarikat dan juga perkhidmatan bagi menampung keperluan pengguna di Malaysia dan juga serantau.